Friday, June 13, 2014

Fatwa Imam Mahdi Mengenai Perayaan Ulangtahun -Maulid Nabi- Larangan Memuja dan Membesar-besarkan Para Nabi dan Al-Imam Al-Mahdi



http://www.mahdi-alumma.com/showthread.php?p=19


)
فتوى الإمام المهدي في أعياد الميلاد والنهي عن تعظيم الأنبياء والإمام المهدي (


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
14 - 09 - 2007
مـ
02:44
صباحاً
____________

قد أفتيت في أعياد الميلاد وقضي الأمر يا ابن عمر فإنها تجلب التعظيم والتعظيم يجلب الشرك..

Sungguh Aku Telah Berfatwa Tentang Meraikan Ulangtahun Maulid Nabi Dan Perkara Itu Telah Berlalu Wahai Ibnu Umar (Forumer), Bahawasanya Ia Menuju Kepada Pemujaan Dan Pemujaan Membawa Kesyirikan..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بتعداد ثواني الدهر حتى تبلغ الشمس المُستقر وعلى من تبعه بإحسان وتبع الناصر له المهدي المنتظر، ثم أما بعد..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Sholawat dan salam ke atas Muhammad Rasulullah SAW sebanyak hitungan detik waktu hinggalah matahari mencapai ketetapannya, dan ke atas semua yang mengikuti Nabi dengan ikhlas dan mengikuti pembela Nabi Al-Mahdi Al-Muntazhar, amma ba'd


قد أفتيت في أعياد الميلاد وقُضي الأمر يا ابن عمر فإنها تجلب التعظيم؛ والتعظيم يجلب الشرك والكفر؛ والكفر يجلب للحياة الخُسر، وليس حقّ رسولك عليك أن تجعل له أعياد ميلادٍ؛ بل سعادته أن تتبعه وتعظم شعائر ربّك، وتُصلي عليه دُبر كل صلاة فتدعو له بالرحمة وأن يجزيه الله بخير الجزاء كما بلّغ الأمر وصبر على إيذاء الكفار حتى النّصر، وإذا أردتم عيداً فلنزول القرآن في شهر رمضان الذي نزل فيه القُرآن فتسألون أنفسكم هل لا تزالون مُتمسكين بما جاء فيه؟ فذلك أحبّ إلى محمدٍ رسول الله من أن تجعلوا له عيدَ ميلادٍ؛ فهل سبب فتنة النّصارى إلا المُبالغة بغير الحقّ في عيد ميلاد المسيح والتعظيم لشخصه؟ وليس تعظيماً لما جاء به حتى ألهاهم التعظيم لشخصه عمّا جاء به حتى بالغوا في ابن مريم بغير الحقّ فدخلوا في الإشراك وقالوا إنه ولد الله وطائفة قالوا بل هو الله وأخرى قالوا بل ثالث ثلاثة، وهل جلب لهم التعظيم غير الكفر يا ابن عُمر؟ فإذا كان محمد رسول الله - صلّى الله عليه وسلّم - أمركم أن تجعلوا له عيدَ ميلادٍ فافعلوا؛ بل نهاكم عن ذلك. وقال عليه الصلاة والسلام :
[ لا تعظموني كما تُعظم النصارى أنبياءهم ]
صدق رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم

Sungguh aku telah menyatakan tentang perayaan ulangtahun kelahiran Maulid Nabi dan perkara itu telah berlalu wahai Ibnu Umar. Bahawasanya demikian itu dapat membawa kepada pengagungan dan pemujaan sedangkan mengagungkan dan memuja-muja itu dapat membawa kepada kesyirikan dan kekufuran; Kekufuran pula dapat menyebabkan kerugian dalam kehidupan.

Tiadalah Rasulmu mewajibkan ke atasmu untuk mengadakan baginya ulangtahun kelahiran, namun kebahagiaan dan kesenangan baginda adalah sekiranya engkau mengikutinya dan mengagungkan syiar-syiar Tuhanmu. Baginda menyukai engkau bersholawat ke atasnya di akhir setiap sholat, dengan mendoakan kebaikan untuknya beserta rahmat agar Allah SWT memberikan balasan kepada Nabi dengan sebaik-baik balasan, di mana Nabi telah sungguh-sungguh berusaha menyampaikan dan bersabar terhadap ucapan dan perlakuan orang-orang kafir yang menyakitkan sehinggalah tercapainya kemenangan.

Sekiranya kalian ingin perayaan, maka raikanlah Nuzul Al-Qur'an pada bulan Ramadhan, bulan padanya Al-Qur'an diturunkan. Maka bertanyalah kalian pada diri masing-masing, adakah kalian masih berpegang teguh dengan apa-apa yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an? Kerana yang demikian ini paling dicintai dan disenangi oleh Muhammad Rasulullah SAW dari kalian membuat untuknya perayaan ulangtahun; Adakah penyebab fitnah yang menimpa kaum Nasrani selain dari berlebih-lebihan tanpa alasan yang benar dalam meraikan Hari Kelahiran Al-Masih Isa AS dan mengagung-agungkan peribadi Isa?

Tidaklah mengagungkan apa yang dibawa Nabi itu hinggakan terpesong mengagung-agungkan keperibadiannya, dari mengagungkan wahyu yang dibawa Nabi hinggakan mereka berlebih-lebihan terhadap Putera Maryam tanpa alasan yang benar menyebabkan mereka jatuh syirik. Mereka telah mengatakan bahawa Isa Anak Allah, segolongan lagi mengatakan dialah Allah, dan segolongan lain mengatakan bahawa Isa adalah satu di antara 3 tuhan.

Bukankah pengagungan mereka ini tidak membawa mereka selain kepada kesyirikan wahai Ibnu Umar? Sekiranya memang benar Muhammad Rasulullah SAW telah memerintahkan kalian agar mengadakan baginya sambutan Maulid Nabi, maka laksanakanlah; Namun Nabi SAW telah melarang kalian berbuat demikian.
Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda:

[Janganlah kalian mengagung-agungkanku seperti kaum Nasrani telah mengagung-agungkan para Nabi mereka]
Benar sabda Rasulullah SAW

بمعنى أن لا تشغلوا أنفسكم في ذاته بل انشغلوا بالتعظيم لما جاء به وذلك من تقوى القلوب، وأمّا تعظيم الذات للرسول فيجلب العمى ويذهب النّور، وحقّ محمد رسول الله عليك أن تكثر من الصلاة والسلام عليه، وأن يكون أحبّ النّاس إلى نفسك لدرجة أنك تودّ أهل بيته فتحبهم في الله، وإذا اشتدّ الحُب عند الإنسان فهو يحب أقرباء حبيبه، وتلك آية الحُبّ الكبير، ولا يسألكم محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أجراً إلا المودة في القربى، وإنما ذلك من شدة حبكم لذات نبيكم عليه الصلاة والسلام، وحبكم لمحمد رسول الله إنّما من شدة حبّكم لله الودود فتتبعون ما جاء به فيحببكم الله، وذلك ما يحبّه النبي أن تتبعه فتنهج نهجه وتخطو خطاه على الصراط المُستقيم.

Bermakna, supaya kalian tidak menyibukkan diri kalian pada diri Nabi, namun agar kalian menyibukkan diri dengan mengagungkan ajaran-ajaran yang dibawa Nabi SAW, dan yang demikian itu timbul dari ketakwaan hati. Adapun pengagungan dan pemujaan terhadap diri Rasulullah, maka ia dapat membawa kebutaan dan menghilangkan cahaya.

Hak Rasulullah SAW ke atasmu adalah engkau memperbanyak sholawat dan salam ke atas Nabi, hingga baginda menjadi manusia yang paling engkau cintai sampai ke peringkat engkau menyukai Ahlul Bayt Nabi dengan mencintai mereka di jalan Allah.

Ketika kecintaan menjadi kuat dan mantap pada manusia, maka manusia itu akan turut mencintai kaum kerabat orang yang dicintainya, dan demikian ini merupakan tanda kecintaan yang besar. Kerana Muhammad Rasulullah SAW tidak meminta upah dari kalian atas seruan baginda, namun baginda pinta dari kalian agar saling berkasih-sayang dalam kekeluargaan.

Hanya demikian inilah yang menunjukkan betapa kuatnya kecintaan kalian kepada Nabi kalian -sholawat dan salam terlimpahkan ke atas baginda-, dan kecintaan kalian kepada Muhammad Rasulullah sesungguhnya adalah bahagian dari tanda besarnya kecintaan kalian kepada Allah yang Maha Mencintai, dan dengan mengikuti ajaran yang dibawa Nabi, maka Allah akan mencintai kalian. Inilah yang Nabi sukai, agar kalian mengikuti cara baginda dan tetap menjejaki langkah-langkah baginda di Jalan Yang Lurus.

ولا أعلم بحقوق لميلاد الأنبياء يا ابن عمر، وكُل بدعة ضلالة وكُل ضلالة في النار يا ابن عمر، فكيف تُصدق بأني المهدي المُنتظر ثم تُعارض فتواه بالحقّ يا ابن عمر المُكرم؟ وسبب تحريم أعياد الميلاد لأنها تجلب التعظيم يا ابن عمر، وإذا نجوت من الشرك لم ينجو غيرك، ونور الله قلبك وقوى بصيرتك فإني لا أشاورك لا أنت ولا غيرك في أمر الفتوى؛ بل أتحمل مسؤوليتها تجاه ربي، وإني أريد أن أخرج النّاس من عبادة العباد من الرسل والمُقربين عباداً أمثالكم إلى عبادة ربّ العباد، فلا يشغلكم تعظيم ذات الأنبياء عن تعظيم ما جاء به الأنبياء من شعائر الله، فلماذا لا تجعلون العيد الحقّ ليلة نزول النّور إلى الرسول - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أي عيد نزول القرآن؟ وذلك رحمةٌ للعالمين، وذلك من تعظيمكم للقرآن إن فعلتم وتدارستم ما جاء في كتاب الله العزيز الحكيم فيزيدكم الله نوراً ويشرح به الصُدور، ولكن للأسف فإن المُسلمين قالوا ما دام النّصارى يفعلون عيداً للمسيح عيسى عليه الصلاة والسلام فلماذا لا نفعل مثلهم؟ وفعلتم مثلهم. ومن المُسلمين من يدعو من دون الله محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - فيقول: يا نور القلوب! ولا أعلم بأن محمداً رسول الله نور القلوب؛ بل النّور الذي نزل عليه ليضيء للناس إلى صراط العزيز الحميد. تصديقاً لقول الله تعالى:
{فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنْزَلْنَا ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ}
صدق الله العظيم [التغابن: ٨]

Aku tidak mengetahui adanya ketetapan untuk mengadakan ulangtahun bagi para Nabi wahai Ibnu Umar. Setiap perkara bid'ah adalah sesat dan setiap perkara yang membawa kesesatan itu berada di neraka wahai Ibnu Umar. Bagaimana engkau dapat membenarkan bahawa aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar namun engkau menentang fatwa Al-Mahdi dengan kebenaran wahai Ibnu Umar yang dihormati?

Sebab pengharaman merayakan ulangtahun adalah kerana ia membawa kepada pengagungan, pemujaan dan membesar-besarkan wahai Ibn Umar. Sekiranya engkau dapat menyelamatkan dirimu dari jatuh syirik, belum tentu selainmu juga dapat melepaskan diri. Semoga Allah menerangi hatimu dan meneguhkan bashirahmu. Sesungguhnya aku tidak meminta pendapatmu, tidak engkau dan tidak juga selainmu dalam urusan berfatwa; BAHKAN aku memikul pertanggungjawaban terhadap fatwa ini di hadapan Tuhanku, kerana sesungguhnya aku ingin mengeluarkan manusia dari peribadatan kepada hamba-hamba Allah -para Rasul dan orang-orang yang didekatkan-Nya di mana mereka semua juga hamba seperti kalian-, untuk keluar menuju peribadatan kepada Tuhan para hamba, agar pengagungan terhadap para Nabi itu tidak menyibukkan kalian dari mengagungkan Syiar-syiar Allah yang para Nabi bawa.

Mengapakah kalian tidak menjadikan perayaan yang benar pada malam turunnya An-Nur (Al-Qur'an) kepada Rasul SAW, iaitu merayakan Nuzul Al-Qur'an? Itulah rahmat bagi sekalian alam, dan demikian itu merupakan bahagian dari pengagungan kalian terhadap Al-Qur'an sekiranya kalian melaksanakannya, dan kalian bertadarus mempelajari isi kandungan Kitabullah Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menambahkan kepada kalian cahaya yang menerangi dan melapangkan dada. Akan tetapi sayangnya, kaum muslimin mengatakan selama mana kaum Nasrani membuat perayaan untuk Al-Masih Isa AS, mengapa pula kami tidak melaksanakan seperti mereka? Kalian telah berbuat seperti mereka, bahkan ada segelintir dari kaum muslimin yang menyeru selain Allah, yaitu menyeru kepada Muhammad Rasulullah SAW dengan mengatakan: Wahai Cahaya Hati!

Aku tidak tahu bahawa Muhammad Rasulullah adalah Cahaya Hati; Padahal cahaya hati adalah An-Nur (Al-Qur'an) yang turun pada baginda agar menerangi manusia menuju Jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Benarlah firman Allah SWT:

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya [Al Qur’an] yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (8)
Allah Maha Benar lagi Maha Agung
(At-Taghobun)


وكان محمدٌ رسول الله سراجاً مُنيراً للعالمين بالقرآن يا ابن عمر، والله هو النّور ومن لم يجعل الله له نوراً فما له من نور.

Muhammad Rasulullah SAW menjadi cahaya yang menerangi seluruh alam dengan Al-Qur'an wahai Ibnu Umar, sedang Allah SWT adalah AN-NUR, dan sesiapa yang Allah tidak jadikan untuknya cahaya maka tiadalah baginya cahaya.

ولا ينبغي لكم تعظيم المهدي المُنتظر بل هو عبد لله مثلكم؛ بل عظموا ذات ربّكم وشعائره يجعل لكم الله بصراً حديداً، وحقوق الأنبياء الحُبّ والاتّباع وليس أعياد الميلاد فهل أنتم مُنتهون لعلكم تُرشدون؟
والعظمة لله وحده وأعياد الميلاد تجلب التعظيم يا ابن عمر، والتعظيم يجلب المُبالغة والغلو ثم يأتي بعد ذلك الشرك ثُم الكُفر ثم النار والعياذ بالله الواحد القهّار، فعظموا ربّكم الليل والنّهار خيرٌ لكم من تعظيم عباده، فهل تجدون قول الله إن أنت إلا نذير؟ وكذلك قوله:
{وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَ‌سُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّ‌سُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ‌ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِ‌ينَ ﴿١٤٤﴾}
صدق الله العظيم [آل‌عمران]

Kalian juga tidak patut membesar-besarkan dan mengagung-agungkan Al-Mahdi Al-Muntazhar kerana dia juga hamba Allah seperti kalian; Namun agungkanlah Tuhan kalian dan Syiar-syiar-Nya, maka Allah akan menjadikan bagi kalian penglihatan yang tajam. Hak-hak para Nabi itu adalah kalian mencintai mereka dan mengikuti mereka, bukan dengan merayakan ulangtahun kelahiran mereka, maka apakah kalian akan berhenti melakukan itu agar kalian beroleh petunjuk?

Keagungan adalah milik Allah semata-mata sedang perayaan ulangtahun kelahiran itu dapat membawa kepada pengagungan dan pemujaan wahai Ibnu Umar, manakala mengagungkan dan memuja-muja itu dapat membawa kepada berlebih-lebihan melampai batas, lalu seterusnya setelah itu akan datang kesyirikan dan kekufuran, kemudian kesudahannya api neraka -kami berlindung kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dari api neraka-. Oleh itu agungkanlah Tuhan kalian pada malam dan siang, sebab itulah yang lebih baik bagi kalian dari kalian mengagungkan hamba-hamba-Nya, kerana bukankah kalian telah menemukan firman Allah SWT “Engkau ini tidak lain kecuali hanya sebagai pemberi peringatan”? Demikian juga firman-Nya:
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang [murtad]? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (144)
Maha Benar Allah lagi Maha Agung
(Ali Imron)

وهل تعلم ماسبب شرك كثير من الشيعة بأهل البيت؟ إنها أعياد الميلاد يا ابن عمر، فازداد تعظيمهم لأهل البيت حتى أن بعض الإخوان الشيعة يدعون أهل البيت من دون الله إلا من رحم ربي منهم، فهل أنتم منتهون؟

Apakah engkau mengetahui apa penyebab terjadi syirik dengan Ahlul Bayt pada kebanyakkan dari kalangan Syi'ah? Ianya adalah perayaan-perayaan ulangtahun wahai Ibnu Umar, dan dengan perayaan-perayaan itu pengagungan dan pemujaan mereka kepada Ahlul Bayt bertambah hinggakan ada sebahagian saudara-saudara Syi'ah yang berdoa kepada Ahlul Bayt selain Allah -kecuali sesiapa yang dirahmati Allah di kalangan mereka- Maka apakah kalian akan berhenti?

واقترب الظهور، ويتمّ الله النّور، ويصدّق وعده بالحقّ، وينصر عبده وحده ويظهره على العالمين في ليلةٍ وهم من الصاغرين إن الله على كُل شيء قدير، نعم المولى ونعم النصير. وإن أبيت يا ابن عمر فعليك أن تأتيني بسُلطانٍ مُبينٍ مقنعٍ من كتاب الله وسنّة رسوله ولن تجد ذلك أبداً لا في كتاب الله ولا سُنّة رسوله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بل سوف تجد النّهي عن ذلك وقال رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم:
[ لا تعظموني كما تُعظم النصارى أنبياءهم ]
صدق رسول الله عليه الصلاة والسلام وآله

Waktu kemunculan telah dekat dan Allah SWT akan menyempurnakan cahaya-Nya dan menunaikan janji-Nya dengan haq. Allah SWT sendiri yang akan menolong hamba-Nya, dan Dia akan menzahirkan hamba-Nya kepada seluruh alam pada suatu malam sedang mereka semua tertunduk hina. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Dia-lah sebaik-baik Pelindung dan Dia-lah sebaik-baik Penolong.

Sekiranya engkau menolak wahai Ibnu Umar, maka datangkanlah bukti yang nyata lagi memuaskan dari Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, dan engkau tidak akan mendapati yang demikian itu selama-lamanya, tidak pada Kitabullah dan tidak juga dalam Sunnah Rasul-Nya SAW, BAHKAN kelak engkau akan menemukan LARANGAN terhadap perkara demikian itu. Rasulullah SAW telah bersabda:

[Janganlah kalian mengagung-agungkanku seperti kaum Nasrani telah mengagung-agungkan para Nabi mereka]
Benar sabda Rasulullah SAW

ولكنكم خالفتم أمره فجعلتم له عيدَ ميلادٍ كما تفعل النّصارى وإنكم لخاطئون فهل أنتم منتهون؟ وإنا لله وإنا إليه لراجعون..

Namun kalian telah menyalahi perintah Rasulullah SAW, dengan menjadikan untuk baginda perayaan Maulid Nabi sebagaimana kaum Nasrani melakukannya, dan dengan ini sesungguhnya kalian telah melakukan kesalahan, maka adakah kalian akan berhenti (melakukannya)? Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sesungguhnya kita pasti akan kembali kepada-Nya.


المُفتي بالحقّ الإمام ناصر محمد اليماني.


Mufti dengan KEBENARAN

Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
__________________



sumber:
http://www.mahdi-alumma.com/showthread.php?p=19

1 comment:

  1. Salam, my name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and i am the Ummati of Prophet Muhammad S.A.W, many dreams related to Muslim Ummah, Signs of Qiyamah, Gog Magog, Esa a.s, and End of Time, I have shared few dreams on my fb Allah and Muhammad s.a.w in my Dreams

    ReplyDelete