Tuesday, November 26, 2013

GOLONGAN YANG SELAMAT




Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
06- 10 - 1429
هـ
07- 10 - 2008
مـ
12:38
صباحاً
ـــــــــــــــــــــــــ


الفرقة النّاجية هم الذين كانوا عليه ما كان عليه محمد رسول الله والذين معه قلباً وقالباً..
GOLONGAN YANG SELAMAT ADALAH MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN
PERJUANGAN MUHAMMAD RASULULLAH BESERTA PARA SAHABAT
DENGAN SEPENUH HATI DAN JIWA..

بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين, والحمد لله ربّ العالمين, وبعد..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang,
Salam sejahtera ke atas para Rasul, dan segala
puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Waba'd

أخي الكريم عليك أن تعلم بأن الفرقة النّاجية هم الذين كانوا على ما كان عليه محمد رسول الله والذين معه قلباً وقالباً يعبدون الله لا يشركون به شيئاً.تصديقاً لقول الله تعالى:
{يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ يَوْمَ لا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوامَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كلّ شَيْءٍ قَدِيرٌ}
صدق الله العظيم [التحريم8:]

Saudaraku yang mulia, ketahuilah bahawa golongan yang selamat adalah mereka-mereka yang memperjuangkan apa yang turut diperjuangkan oleh Muhammad Rasulullah beserta para sahabat yang menyertai baginda dengan sepenuh hati dan jiwa mereka. Mereka adalah orang-orang yang beribadat hanya kepada Allah SWT, tanpa
menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.

Benarlah firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kalian akan menghapus kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang beriman yang bersamanya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".(8)
Maha Benar Allah SWT
(At-Tahrim)

وتصديقاً لقول الله تعالى:
{يوم تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ}
صدق الله العظيم [الحديد12:]

dan pembenaran terhadap firman-Nya:
[yaitu] pada hari ketika engkau melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, [dikatakan kepada mereka]: "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, [yaitu] surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak. (12)
Maha Benar Allah
(Al-Hadid)

ولكن عليك أن تعلم إنما النور ينبعث من القلب السليم فيكون ظاهرياً يوم القيامة يوم تُبلى السرائر لكشف حقائق الناس,وأما الذين يشركون بالله ترى وجوهم مُسوَّدة كأنما أغشيت وجوههم قطع من الليل مُظلماً.

Namun, ketahuilah olehmu bahawa CAHAYA itu hanyalah muncul dan terbit dari hati yang suci, yang menjadi bersih pada hari kiamat kelak, yaitu pada hari diperlihatkan segala rahasia untuk menyingkap kebenaran-kebenaran manusia. Adapun orang-orang yang menyekutukan Allah, maka engkau akan lihat wajah mereka kehitaman,
seakan-akan ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap) dari malam yang gelap-gelita.

إذاً الطائفة النّاجية هم الذين يأتون يوم القيامة لا يشركون بالله شيئاً يوم لا ينفع مال ولا بنون إلا من أتى الله بقلب سليم من الشرك لأن الشرك ظلم عظيم، وكذلك يأتون تائبون لله متاباً وهؤلاء يوجدون في جميع الفرق الإسلامية, وأصحاب النار كذلك يوجدون في جميع الفرق, ولا يقصد أنه مذهب كما يزعمون وأن أصحابه هم النّاجون وباقي المسلمون في النار! كلا كلا بل الطائفة النّاجية توجد في جميع المذاهب الإسلامية، وهم الذين جاءوا إلى ربّهم بقلوبٍ سليمةٍ تائبةٍ منيبةٍ لا يشركون بالله شيئاً بغض النظر عن الأخطاء المذهبيّة فذلك شيء يحاسب الله به العلماء حصرياً من دون التابعين الذين لم ينفروا لطلب العلم وليسوا بعلماءٍ، وإذا سألوا علماءهم عن مسألةٍ فإنهم لا يطلبون منهم البرهان على الفتوى بل يطلبها طلبة العلم, وأما السائل من الناس العامة فإنما يسأل وبعد الفتوى يذهب ومن حمّلها عالماً خرج منبلاها سالماً، فإن كانت فتوى وزرٍ تَحَمَّلَ الوزرَ من أفتى وله وزرها ووزر من عمل بها، ومن قال لا أعلم فقد أفتى وأعطاه الله أجر مُفْتٍ وكأنه أفتى.

Jika demikian, golongan yang selamat itu adalah orang-orang yang datang kelak pada hari kiamat tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, iaitu hari dimana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang yang menghadap Allah SWT dengan hati yang suci bersih dari syirik, kerana sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang besar dan demikian juga orang-orang yang datang dalam keadaan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya taubat. Orang-orang seperti mereka ada dalam semua golongan dan kelompok Islam, begitu juga dengan penghuni-penghuni neraka, mereka ada dalam semua golongan. Jadi yang dimaksudkan Golongan Yang Selamat itu, bukanlah sebuah mazhab seperti sangkaan mereka, dimana pengikut-pengikut mazhab itu menjadi orang-orang yang selamat, dan orang-orang Islam selainnya berada di neraka! Tidak demikian, tidak sama sekali seperti itu, bahkan golongan yang selamat itu ada terdapat dalam seluruh mazhab Islam.
Mereka adalah orang-orang yang datang menghadap Tuhan mereka dengan hati yang suci bersih, hati yang bertaubat dan kembali kepada Allah, tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, tanpa menghiraukan kesalahan-kesalahan ajaran yang ada dalam mazhab-mazhab, kerana yang demikian ini adalah sesuatu yang hanya akan diperhitungkan oleh Allah SWT khusus terhadap para alim-ulama mereka, tanpa menyertakan pengikut-pengikut mereka, yaitu orang-orang yang tidak pergi menuntut ilmu sedang mereka bukan kalangan alim-ulama, yang mana apabila mereka menanyakan sesuatu masalah pada alim-ulama mereka, mereka tidak meminta bukti terhadap fatwa yang mereka dapatkan, namun bagi para penuntut ilmu mereka tentunya akan meminta bukti terhadap fatwa yang mereka terima. Adapun kebiasaan manusia kalangan awam, maka mereka ini pada kebiasaannya hanya bertanya kemudian setelah mendapatkan fatwa, mereka langsung beredar. Sesiapa yang mengemban sesuatu fatwa sedang dia mengetahui dalil-dalilnya, maka dia terbebas dari keburukannya dengan selamat. Namun sekiranya fatwa tersebut mengandungi dosa (bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an), maka dosa itu dipikul oleh si pemberi fatwa (mufti) dan baginya dosa berfatwa itu dan dosa orang-orang yang mengamalkannya, sedang barangsiapa yang mengatakan aku tidak tahu, maka sesungguhnya dia telah berfatwa, dan baginya pahala orang yang berfatwa, seakan-akan dia telah berfatwa.

فكيف تظنون الطائفة النّاجية أنها جماعةُ مذهبٍ ما من بين الطوائف الإسلاميّة؟ وإنكم لخاطئون؛ بل هم الذين لا يشركون بالله شيئاً ويوجدون في كلّ المذاهب الإسلاميّة, وكذلك أصحاب النار يوجدون في جميع الفرق الإسلاميّة إضافة إلى الكافرين. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ}
صدق الله العظيم
[يوسف106:]

Bagaimana kalian ini menyangka bahawa golongan yang selamat itu adalah kelompok mazhab tertentu di antara kelompok-kelompok yang banyak dalam Islam? Kalian keliru; bahkan GOLONGAN YANG SELAMAT itu adalah orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, dan mereka ADA DALAM SEMUA MAZHAB di dalam Islam. Demikian juga penghuni-penghuni neraka, mereka ada dalam setiap kelompok Islam, bersama-sama orang kafir. Benarlah firman Allah SWT:
Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah [dengan sembahan-sembahan lain].(106)
Maha Benar Allah
(Yusuf)

إذاً النّاجون هم الذين لا يشركون بالله شيئاً ويوجدون في جميع الطوائف, وأما غير النّاجين من عذاب الله هم الذين يشركون بالله ولم يأتوا ربّهم بقلوب سليمة. تصديقاً لقول الله تعالى:
{إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا} صدق الله العظيم [النساء48:]

Jadi, golongan yang selamat itu adalah mereka yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun, dan mereka ini ada dalam semua golongan. Adapun yang tidak termasuk kelompok yang selamat dari azab Allah ini, mereka adalah orang-orang yang menyekutukan Allah SWT dan tidak menghadap Allah SWT dengan hati yang suci bersih.
Benarlah firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari [syirik] itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (48)
MahaBenar Allah SWT
(An-Nisa)

وتصديقاً لقول الله تعالى:
{يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ}
صدق الله العظيم [الشعراء89:]

Benarlah firman Allah SWT:
[yaitu]di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, (88)
kecualiorang-orang yang menghadap Allah
dengan hati yang bersih (89)

Maha Benar Allah SWT
(Asy-Syu'araa)

إذاً النّاجون هم الذين لا يشركون بالله شيئاً وهم له عابدون, وأما المعذبون فهم الذين أشركوا بربّهم فحبط عملهم وهم في الآخرة لمن الخاسرين، وقضي الأمر الذي فيه تستفتي. وسلامٌ على المرسلين, والحمدُ لله ربّ العالمين..

Jika demikian, maka GOLONGAN YANG SELAMAT itu adalah mereka yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun, hanya kepada Allah mereka beribadat. Adapun orang-orang yang diazab, maka mereka adalah orang-orang yang menyekutukan Tuhan mereka, menyebabkan amal mereka lenyap, sedang mereka di akhirat kelak termasuk orang-orang yang merugi, maka selesai sudah perkara yang engkau tanyakan. Salam sejahtera buat para utusan dan segala puji bagi Allah, Tuhan SemestaAlam.

وأما الصور والتماثيل فلا حرام فيها إلا ماكان فيها فجوراً وفتنة كمثل الصور ذات العورة ,  وكان نبي الله سليمان يستخدم التماثيل من ضمن الزينة، وإنما تم تحطيمها في بداية الدعوة الإسلاميّة لأنها كانت تُعبد من دون الله، وأما صناعتها لمجرد الزينة فلا حرج في ذلك.

Adapun mengenai gambar dan patung, maka tidak ada keharaman padanya, kecuali yang padanya terdapat kefasikan dan fitnah, contohnya seperti gambar yang menunjukkan aurat. Adalah Nabi Sulaiman AS itu telah menggunakan patung sebagai perhiasan, dan telah sempurna penghancuran terhadap patung itu pada permulaan dakwah Islam kerana ia dijadikan sesembahan selain Allah. Adapun membuatnya semata-mata sebagai perhiasan, maka yang demikian tidak mengapa.

وأما السجائر المؤذية لصاحبها وللركاب في السيارات فإنها سُمٌ, فهل يحب أحدكم أن يتجرع السم؟
ما أحل الله لكم أن تؤذوا من يسافر معكم أويجلس بجواركم فلا يقوم إلا وهو يتألم من الصداع من رأسه من جَرّاء المُدخنين. وهذه فتوانا لأصحاب السجاير, فإنه سُم يتجرعه المُدخنين ومؤذٍ للآخرين، مكروهٌ مكروهٌ مكروه.

Adapun mengenai rokok yang membahayakan penghisapnya, dan membahayakan para penumpang di dalam kenderaan-kenderaan, maka sesungguhnya ia bertoksin -mengandungi racun-. Adakah salah seorang dari kalian suka menyedut racun? Allah SWT tidak menghalalkan bagi kalian membahayakan orang yang berpergian bersama kalian, atau orang yang duduk dekat kalian, sedang dia tersiksa tidak tahan pening sakit kepala disebabkan asap para perokok. Inilah fatwa kami bagi para perokok bahawa ia mengandungi toksin yang disedut
para perokok lagi membahayakan orang lain.

Makruh, Makruh, Makruh.

وسلامٌ على المُرسلين, والحمد لله ربّ العالمين..
الامام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam sejahtera ke atas para utusan Allah,
dan segala pujian hanya bagi Allah,

Tuhan Semesta Alam

Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
___________________






sumber

http://www.mahdi-alumma.com/showthre...=5023#post5023

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
وَٱلَّذِينَ ٱجۡتَنَبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ أَن يَعۡبُدُوهَا وَأَنَابُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ‌ۚ فَبَشِّرۡ عِبَادِ (١٧) ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٨)

Dan orang-orang yang menjauhi thaghut [iaitu] tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.

QS-39:17-18

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٣٣)

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?"

QS-41:33

ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٦) ٱلصَّـٰبِرِينَ وَٱلصَّـٰدِقِينَ وَٱلۡقَـٰنِتِينَ وَٱلۡمُنفِقِينَ وَٱلۡمُسۡتَغۡفِرِينَ بِٱلۡأَسۡحَارِ (١٧) شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ (١٨) إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ (١٩) فَإِنۡ حَآجُّوكَ فَقُلۡ أَسۡلَمۡتُ وَجۡهِىَ لِلَّهِ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِ‌ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡأُمِّيِّـۧنَ ءَأَسۡلَمۡتُمۡ‌ۚ فَإِنۡ أَسۡلَمُواْ فَقَدِ ٱهۡتَدَواْ‌ۖ وَّإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّمَا عَلَيۡكَ ٱلۡبَلَـٰغُ‌ۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ (٢٠)

[Iaitu] orang-orang yang berdo’a: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"[iaitu] orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya [di jalan Allah], dan yang memohon ampun di waktu sahur. Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu [juga menyatakan yang demikian itu]. Tak ada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama [yang diridhai] di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitabkecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian [yang ada] di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. Kemudian jika mereka mendebat kamu [tentang kebenaran Islam], maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan [demikian pula] orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu [mau] masuk Islam?"Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan [ayat-ayat Allah]. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

QS-3:16-20

صدق الله العليّ العطيم

وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


أخوكم

Nasir Al-Mahdi

No comments:

Post a Comment