Imam
Nasser Muhammad Al-Yamani
03-09-2009, 12:04 am
((( أساس
دعوة الإمام ناصر للمُسلمين والناس أجمعين )))
بسم
الله الرحمن الرحيم
Dengan
menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Salam atas para
utusan dan segala puji bagi Allah, Penguasa seluruh alam semesta. Wahai hamba
Allah, semoga Allah menambahkan kepadamu ilmu pengetahuan dan janganlah kamu
berada dalam kebingungan. Sudah selayaknya bagiku untuk tidak mengatakan
apa-apa terhadap Allah kecuali kebenaran.
Berkenaan dengan ibuku, beliau telah menikahi ayahku dari Yecla, negeri asal
keluarga ibuku.
Keturunan keluarga beliau telah dikenali dikalangan kabilah-kabilah di situ
bahawa mereka adalah berketurunan Quraisy dari Bani Hasyim, Akan tetapi, aku
tidak mengetahuinya dengan pasti, suku yang mana satu dari keturunan Bani
Hasyim, dan tidak pula menggelisahkan diriku, untuk sibuk mencari tahu suku
mana satu dari keturunan Bani Hasyim, asal keluarga ibuku. Aku tidak dapat
menfatwakannya padamu tentang itu. Yaitu untuk menyatakan bahawa sesungguhnya
adik beradik ibuku dan ahli keluarga mereka, adalah benar-benar dari suku
Quraisy, dari suku keturunan Bani Hasyim.