Saturday, April 27, 2013

Keterangan Imam Mahdi Mengenai Bahasa Pertuturan Para Nabi



الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Naser Muhammad Al-Yamani
05-23-2011
09:02 pm
ـــــــــــــــــــــــــــــــ
Keterangan Imam Mahdi Mengenai Bahasa Pertuturan Para Nabi
semoga sholawat dan salam penghormatan
tetap tercurahkan ke atas mereka semua


بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ فَيُضِلُّ اللّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya rasul dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana
Maha Benar Allah
[QS. Ibrahim 14 : 4]

Berdasarkan ayat ini, kita mengetahui bahawa sesungguhnya bahasa percakapan para nabi itu, bergantung pada bahasa yang dituturkan oleh kaumnya, seperti bahasa pertuturan datuk moyangku Muhammad Rasulullah -صلى الله عليه وآله وسلم-

sesuai dengan bahasa yang digunapakai oleh kaumnya, yaitu bahasa Arab yang jelas, mengesahkan
firman Allah Ta'ala:
وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٩٢﴾ نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ ﴿١٩٣﴾ عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ ﴿١٩٤﴾ بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ ﴿١٩٥﴾
صدق الله العظيم
Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, (192) dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin, (193) ke dalam hatimu agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, (194) dengan bahasa Arab yang jelas. (195)
Maha Benar Allah
[QS. Ash-Shu’araa 26 : 192 - 195]

Adanya berbagai-bagai bahasa serta turunnya wahyu kitab suci berdasarkan bahasa kaum nabi mereka, sebenarnya adalah merupakan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, benarlah
firman Allah Ta'ala:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ
صدق الله العظيم
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi, serta adanya berbagai-bagai bahasa kalian serta berlainannya warna kulit kalian. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui
Maha Benar Allah
[QS. Ar-Ruum 30 : 22]
Kemudian, Allah menetapkan agar bahasa Arab menjadi bahasa bagi seluruh manusia dan jinn, serta bahasa untuk seluruh umat sampai hari kebangkitan. Oleh kerana itu, Allah mewahyukan Al-Qur'an yang menakjubkan dengan bahasa Arab kepada seluruh manusia. Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعاً الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ
صدق الله العظيم
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian semua, yaitu (utusan dari) Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia
Maha Benar Allah
[QS. Al-A’raaf 7 : 158]

Bahasa yang digunapakai di dunia jinn adalah bahasa Arab. Allah telah menghadapkan serombongan dari mereka kepada Nabi SAW, agar mereka (jinn) mendengarkan Al-Qur'an sewaktu Nabi SAW sedang membacanya ketika beliau SAW mengerjakan sholat malam, berdasarkan fakta bahawa mereka (jinn) berbicara menggunakan bahasa Arab, maka sudah tentulah mereka akan dapat memahami lafaz-lafaz Al-Qur'an yang mengagumkan. Lalu mereka (jinn) kembali kepada kaumnya untuk memberi peringatan kepada mereka dengan menggunakan bahasa Arab yang sangat jelas, maka kaum mereka (jinn) juga dapat memahaminya kerana mereka telah lama berhubungan, berurusan dan berkomunikasi dalam bahasa Arab, sejak sebelum penurunan Al-Qur'an lagi.
Allah SWT berfirman:

وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ
صدق الله العظيم
Dan ketika Kami hadapkan serombongan jinn kepadamu yang mendengarkan Al Qur'an, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan lalu mereka berkata (kepada rombongannya): "Diamlah kalian". Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya memberi peringatan
Maha Benar Allah
[QS. Al-Ahqaf 46 : 29]

Demikianlah dalil dan bukti dari Al-Qur'an yang menunjukkan ketetapan untuk menggunakan bahasa Arab "sebagai bahasa antArabangsa bagi bangsa manusia dan bangsa jinn" kerana eksistensinya sebagai bahasa Al-Qur'an yang menjadi Risalah dari Allah untuk sekalian manusia dan jinn.

Andai kutahu apa yang merisaukan dirimu! Tentu ia berkenaan - Adakah kalian kelak akan dapat memahami ucapan Al-Masih Isa Putera Maryam -
صلى الله عليه وعلى أمة وآل عمران وسلم تسليماً-?

Dan sekarang ini aku beritahukan berita gembira buat kalian: Bahawa sesungguhnya nabi Isa Putera Maryam kelak, akan berbicara dalam bahasa Arab yang jelas. Aku berharap agar Allah meneguhkan kalian, semoga tetap berada di jalan yang lurus.

Salam penuh penghormatan semoga tetap terlimpahkan ke atas para rasul dan segala pujian hanya layak bagi Allah Tuhan semesta alam..

أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني
Saudaramu, Imam Mahdi Naser Muhammad Al-Yamani

ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

Alihbahasa oleh:
Nasir Al Mahdi
Rabi'ul Awwal 28 1434H
Februari 09 2013M
05:05am


Sumber asal bayan:
http://www.mahdi-alumma.com/showthre...الصلاة-والسلام..

No comments:

Post a Comment